Jumaat, 18 April 2014
as salam ...
Alhamdulillah syukur .. idea masih datang mencurah2 ... sambil mencuba aneka versi
product crochet ini , saya sempat mengikuti aktiviti di group2 crochet .. antaranya sarung kusyen ..
Terfikir sejenak juga dalam mereka pattern .. maka terjumpalah idea ini... size bantal ini 15x15inci ..
Dengan ilmu yang saya ada ... tanpa berpandukan pada mana2 pattern , saya cuba mereka bentuk
granny ini bersama padanan warnanya ... buat sahabat yang sealiran yang ingin belajar membuatnya ..
di sini ikhlas saya kongsikan cara membuatnya ...
Untuk step yang pertama ini saya mulakan dengan membuat taliair sebanyak 6 , di ikuti dengan dc
sebanyak 12 dc .. (untuk row pertama )..untuk row kedua , saya naikkan 4 tali air dan buat dc ,
di ikuti satu tai air untuk satu2 dc .. (repeat sampai habis )
untuk row ke3 , saya slipkan ke kotak yg terbentuk dan mulakan membuat 2 dc selang satu taliair
antara 2 dc tersebut .. (repeat sampai habis )
Untuk step kedua ini pula , saya teruskan memulakan di 2dc di dalam satu lekukan V (repeat keliling )
habis keliling saya matikan dan ketepikan .. untuk memudahkan kerja , saya suka membuatnya
dengan kuantiti yg banyak .. supaya nanti saya tak perlu repeat langkah ini .. hnya tggal untuk di kemaskan dgn satu lagi row ..di samping untuk mencantumkan satu gs dgn satu gs yg lain
Untuk bhgian belakang , saya membuat gs segitiga begini .. segitiga itu saya lakukan dengan
membuat gs tu dalam separuh dan terjadi segitiga .
Untuk step ini pulak , saya kongsikan cara bagaimana untuk menyambung di antara gs dan gs yg lain ..
kita mulakan dgn membuat dc ( untuk penjuru ).. kita naikkan 2dc dalam satu kotak dan kemudian
kita buatkan dc sebanyak 3dc di ikuti satu sc dan di ulangi kembali 3 dc dan 2 dc dalam satu kotak dan
di buat tali air sebanyak 3 di penjuru gs . tiba masa untuk mencntumkannya , saya buat 2dc di penjuru gs
dan kemudian saya membuat satu tali air ( 3 tali air sepatutnya ttapi saya bhgikan kepada 2 maka saya buatkan 1 dc dan diikuti satu slip dan slipkan ke penjuru gs yg satu lagi . selepas slip saya terus membuat dc di atas dc yg sebelumnya .. saya ulang step yg serupa hingga keliling dan ia bercntum di antara satu gs dan
satu gs lain ..
cara cantumannya adalah seperti dalam foto ini .. di mulai di penjuru di slipkan ke gs satu lg dan di ikuti dc dan di slipkan ke dc yg satu lagi ..sampai di sc saya lakukan yg sama dan ulang hingga keliling ..
Setelah ia di cantum, ia akan menjadi sebegini ... perkara yg sama berlaku pada kepingan yg kedua cuma
ianya di cntumkan dengan segitiga untuk di bukakan ruang untuk di jahitkan zip.. untuk sarung kusyen ini,
di bhgian belakang saya terlebih dahulu jahitkan zip di antara 2 kepingan tersebut . di hujung sebelum di jahitkan zip saya kemaskan dengan lakukan sc .. supaya memudahkan untuk zip di jahit ..
Akhirnya setelah zip di jahit .. saya letakkan dua keping ini dalam keadaan terbalik iaitu yg lapisan luar bertemu luar dan saya pinkan , supaya ianya terletak cntik.. selepas itu saya kemaskan dengan jahitan dengan menggunakan jarum jahit sulaman.. bila dah siap jahit saya terbalikkan kembali dan kemaskan
dengan menambah ropol jika suka ...
selamat mencuba ...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan